Sign In
Mobirise Website Builder
Manage PermissionsManage Permissions
Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021

panji kkbs.png

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa borang pencalonan bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021 Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-16 Tahun 2021 kini boleh didapati melalui portal YSNet di www.ysnet.gov.bn dan tatacara memohon juga boleh diperolehi melalui laman sesawang Hari Belia Kebangsaan di www.hbk.gov.bn dengan klik pada pautan (link) diberikan. 

Kategori anugerah pada tahun ini dibahagikan kepada empat (4) iaitu: 

1. Projek Cemerlang Untuk Belia – Diberikan kepada projek belia yang banyak memanfaatkan belia; 

2. Pemimpin Muda Belia - Diberikan kepada pemimpin muda belia yang cemerlang mengembling orang-orang bawahan kepada kebaikan. 

3. Belia Cemerlang – Diberikan kepada belia yang berjaya dalam bidang masing-masing; 

4. Belia Berkhidmat – Diberikan kepada belia yang banyak menyumbang khidmat sukarela kepada negara atau orang lain. 

Setiap pencalonan hendaklah mengisikan borang pencalonan yang disediakan dengan lengkap dan menyertakan dokumen yang dikehendaki. 

Pencalonan dibukakan bermula pada hari Isnin, 03 Mei 2021 dan tarikh tutup pencalonan ialah pada hari Selasa, 01 Jun 2021 pukul 4.00 petang. 

Sebarang pertanyaan mengenai anugerah tersebut bolehlah menghubungi Urus Setia Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2021, Jabatan Belia dan Sukan di alamat Tingkat 3, Bahagian Belia, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BC4415 atau di talian 2381903/4/5 sambungan 1305/6.

Attachments