Sign In
Mobirise Website Builder

FESTIVAL HARI BELIA

Festival Hari Belia merupakan salah satu aktiviti yang akan diadakan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini. 
Festival ini akan dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan “Dari Belia Untuk Belia”.  Sebanyak 17 aktiviti berimpak tinggi akan dilaksanakan dengan melibatkan beberapa rakan strategik baik dari agensi kerajaan, agensi swasta dan pergerakan belia.

Festival ini akan diadakan bermula 1 Ogos sehingga 31 Disember 2022. Festival ini akan diadakan dikeempat-empat daerah. 

 Acara-Acara Sampingan Sempena Festival Hari Belia Kebangsaan 2022

KLUSTER : KESUKANAN
KLUSTER : KEPIMPINAN & PEMBANGUNAN JATI DIRI
KLUSTER : ALAM SEKITAR


PROGRAM BAS BELIA 2022
sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-17, 2022
130919 penutup program bas belia@Tutong (5).jpg130919 penutup program bas belia@Tutong (3).jpg130919 penutup program bas belia@Tutong (10).jpg

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Dibukakan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam.
  • Hendaklah belia lelaki atau perempuan berumur antara 15 hingga 22 tahun pada Bulan September 2021.
  • Hendaklah bujang.
  • Hendaklah berkesanggupan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti di sepanjang program.
  • Hendaklah mendapatkan kebenaran ibubapa / penjaga bagi mengikuti program untuk penyertaan dibawah umur 18 tahun.
  • Tarikh tutup menghantar borang ialah pada Hari Isnin, 08 Ogos 2022 jam 3.00 petang di Pusat Belia Bandar Seri Begawan dan di Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah-Daerah yang berhampiran.
  • Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi talian berikut pada waktu pejabat:
    • Pusat Belia Bandar Seri Begawan : +673 2242027
    • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Tutong :+673 4261128
    • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Dearah Belait :+673 3340958
    • Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Dearah Temburong : +673 5221718