Menurut
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Projek FEED, Norsuziyani binti
Abdullah, projek 'mentoring' selama tiga bulan itu menyasarkan golongan
kurang berkemampuan di negara ini di mana mereka akan dibimbing dengan
kemahiran insaniah (soft skill) untuk membantu mereka dalam kehidupan
seharian.
"Kumpulan
pertama telah pun selesai menamatkan program ini yang melibatkan
peserta paling tua iaitu berumur 65 tahun yang mengusahakan perniagaan
jamu.
"Dengan
mempertemukan para peserta dengan individu-individu (mentor) yang telah
berjaya bermula dari bawah, ia dapat memberikan mereka motivasi dan
menambahkan ilmu mereka dalam bidang perniagaan," jelasnya.
Turut
menyertai pameran ialah Pro-active 88, iaitu sebuah syarikat yang
menawarkan perkhidmatan hiasan, rekaan; makanan dan minuman, pengurusan
acara serta pusat pembelajaran.
Pengasasnya,
Nur Khafidah Alwa binti Haji Mohd. Bohari berkata, beliau telah mula
menjalankan perniagaan tersebut sejak menjalankan pengajian Sarjana Muda
aliran Ekonomi dan Keusahawanan (minor) di Universiti Brunei
Darussalam.
Keyakinan
memulakan perniagaan di usia muda, katanya, adalah atas keyakinan
beliau kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan sokongan penuh ibu serta ahli
keluarga yang lain.
Beliau
juga menzahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana berpeluang melakukan
apa yang beliau sukai dan berusaha untuk menjalankan perniagaan
tersebut dengan sepenuh hati.
"Apa yang penting ialah jangan mudah menyerah kalah dan yakin kepada rezeki yang diberikan oleh Allah," terangnya.