Sign In
Mobirise Website Builder

ANUGERAH HARI BELIA KEBANGSAAN

Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke 18, Tahun 2023


Latar Belakang

Anugerah Hari Belia Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan negara kepada pergerakan belia di Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama menyahut titah serta hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Wadien, Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjadikan belia suatu aset yang perlu diberi fokus dan dihargai. Ini membuktikan bahawa golongan belia tidak pernah diabaikan oleh pihak kerajaan dan sentiasa diberi perhatian penuh dalam pembangunan belia. Penyediaan kemudahan dan prasarana merupakan bukti kesejahteraan dan kehendak belia terpelihara.

Pengiktirafan ini adalah merupakan sebagai satu wadah dan manifestasi dalam mendokong usaha golongan belia dalam membangun dan mengekalkan semangat kesukarelawanan dikalangan masyarakat. Penglibatan belia secara sukarela telah disentuh oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah sempena Sambutan Hari Belia kali pertama pada 1 Ogos 2006.

Bagi Anugerah Hari Belia Kebangsaan tahun 2023, sebanyak empat kategori anugerah akan diberikan iaitu Anugerah Belia Cemerlang, Anugerah Belia Berkhidmat, Anugerah Pemimpin Muda Belia dan Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia.


KATEGORI-KATEGORI

Anugerah Hari Belia Kebangsaan Ke-18, 2023


Anugerah Belia Cemerlang

Anugerah Belia Cemerlang merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada seorang belia yang telah memberikan sumbangan jasa yang cemerlang dalam apa jua bidang diceburi ataumemperlihatkan  usaha-usaha yang membuahkan hasil membanggakan dan mengharumkan nama negara. Pencapaian yang cemerlang diperolehi diperingkat antarabangsa merupakan satu keutamaan selain di peringkat serantau dan kebangsaan pula adalah satu kelebihan dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kesukanan, pendidikan, keusahawanan, sains, teknologi, kebudayaan, kesenian dan sebagainya.


Anugerah Belia Berkhidmat

Anugerah Belia Berkhidmat merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan kepada para pemimpin belia / belia yang telah memberikan sumbangan / khidmat secara sukarela mereka secara berterusan untuk masyarakat terutama golongan belia di Negara ini dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kemasyarakatan, kesukanan, pendidikan dan sebagainya.


Anugerah Pemimpin Muda Belia

Anugerah Pemimpin Muda Belia merupakan satu pengiktirafan atas khidmat cemerlang yang telah diberikan oleh Pemimpin Muda dalam memajukan pergerakan belia yang telah dipimpinnya secara berterusan dalam pelbagai bidang sama ada keugamaan, kemasyarakatan, kesukanan, pendidikan dan sebagainya.  Di samping itu juga sebagai penghormatan yang berterusan bagi ikutan dalam melahirkan pemimpin belia yang berwibawa, berwawasan dan berhemah tinggi.


Anugerah Projek Cemerlang Untuk Belia

Pengiktirafan diberikan kepada projek belia dalam pelbagai bidang yang berjaya menjadi inspirasi dan model kepada pembangunan masyarakat secara am dan khususnya kepada para belia. Projek berinovasi membangunkan dan memajukan agensi, organisasi atau persatuan atau pergerakan belia dan satu kelebihan jika projek tersebut membukakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat khusus dikalangan belia serta menyumbang kepada pembangunan belia dan ekonomi negara iaitu:

a) Projek Cemerlang Untuk Belia Bidang Sosial Ekonomi [PCUBSE]

Projek ini melibatkan kepada sumbangan dalam pembangunan belia dan mempelbagaikan ekonomi negara serta kesukarelawanan. Kemampuan projek yang mampu membukakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat khusus dikalangan belia di negara ini adalah satu kelebihan.

b) Projek Cemerlang Untuk Belia Bidang Gaya Hidup Sihat [PCUBGHS]

Projek ini menjurus kepada mempromosikan kesihatan dan sukan riadah dalam pemerkasaan, penjagaan kesihatan kepada masyarakat di negara ini. Kemampuan projek yang memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk menanam amalan budaya sihat serta meningkatkan kefahaman atau pendirian diri mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing adalah satu kelebihan.

MAKLUMAN
WhatsApp Image 2023-05-02 at 3.19.01 PM.jpeg















Tarikh Mula Pencalonan
Sabtu, 29 April 2023


Tarikh Tutup Pencalonan
Isnin, 5 Jun 2023
4.00 petang


Sila klik pautan bagi pendaftaran
https://tinyurl.com/AHBK2023
dan segala pertanyaan bolehlah e-mel kepada
ahbk@belia-sukan.gov.bn​


Sila klik pautan untuk mendapatkan
Info Pek Anugerah Hari Belia Kebangsaan 2023 bagi setiap kategori.
https://tinyurl.com/Info-Pek-AHBK2023