Ikrar Belia
Dengan BersyukurKe Hadrat Allah Subahanahu Wa Ta'alaKami BeliaNegara Brunei DarussalamBerikrarTaat Kepada AllahSetia Kepada RajaCinta Kepada NegaraMendukung KepimpinanKebawah Duli Yang Maha MuliaPaduka Seri Baginda SultanDan Yang Di-PertuanNegara Brunei DarussalamMempertahankan KedaulatanNegara Brunei DarussalamSebagai Negara Melayu Islam Beraja Mematuhi Perlembagaan NegaraDan Undang-UndangBerakhlak Mulia Dan Terpuji | 
|
|
| |

PEMBACA UTAMA
YANG MULIA
MUHAMMAD HANIS BIN HAJI OSMAN Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Sosial Generasi Bekarih |
YANG MULIA MUHAMMAD HANIS BIN HAJI OSMAN Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Sosial Generasi Bekarih
- Berkelulusan Bachelor of Business (Hons) in Technology Management di Universiti Teknologi Brunei tahun 2017
- Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Sosial Generasi Bekarih
- Ketua Belia dalam Program Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) yang ke-44 bagi kontingen Negara Brunei Darussalam tahun 2017
- Pengerusi acara University Cup pada tahun 2015 dan pernah mewakili negara dalam beberapa program seperti ASEAN Youth Camp 2015, di Chiang Rai, Thailand dan Program JENESYS 2.0: Economics 2016, di Jepun
- Ketua EXCO Kepimpinan, Perkembangan dan Mentor di Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Brunei (MPPUTB) pada tahun 2015
- Penuntut intek pertama Sekolah Sukan Negara Brunei Darussalam, pada tahun 2003 dan telah mewakili Negara Brunei Darussalam pada peringkat bawah 14 tahun, 15 tahun, 18 tahun dan Pesta Sukan Kebangsaan.
- peserta pertama mewakili negara bagi acara World Scholar Athlete Games yang berlangsung di Providence State, Amerika Syarikat pada tahun 2006.
- Generasi Bekarih merupakan sebuah perusahaan sosial yang terdiri daripada barisan belia yang bergiat aktif memberi sumbangan berupa program kem kepimpinan, kursus motivasi dan aktiviti berpasukan kepada belia serta memberi pemedulian kepada belia yang mempunyai masalah dari pelbagai latar belakang.
- Sebagai satu inisiatif untuk membantu masyarakat dan memberi pendedahan kepada belia tentang peranan dan tanggungjawab belia, potensi diri serta erti mensyukuri nikmat kehidupan yang ada.
- Setakat ini, Generasi Bekarih telah berjaya membantu lebih daripada 900 belia dan beliawanis dalam menangani masalah era globalisasi dan menekankan kepentingan belia dan beliawanis dalam ilmu kepimpinan dan motivasi untuk menjadi aset terpenting menuju Wawasan Negara 2035.
|
YANG MULIA AWANG MUHAMMAD YUSOF BIN HAJI ABDUL MAJID
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Kementerian Hal Ehwal Ugama
- Ahli Panel Temuduga permohonan mendapatkan Tauliah Kebenaran mengajar ugama dan berceramah ugama sehingga tahun 2022.
- Graduan
Diploma Tertinggi dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Institut
Teknologi Brunei (ITB), mengikuti Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi
dan Pengajian Islam di Universiti Islam Malaysia dan seterusnya di
peringkat Sarjana dalam bidang Organisational Psychology & Business
di Aston Universiti, Birmingham, United Kingdom.
- Seringkali
dijemput oleh persatuan-persatuan pelajar, Institusi Pengajian Tinggi,
agensi-agensi kerajaan serta swasta dan masjid-masjid untuk menyampaikan
ceramah motivasi serta keugamaan.
- Tamat
mengikuti Program Top Brunei 100 Leaders tajaan Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al Muhtadee
Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
- Antara 15 pemimpin belia Brunei bagi mengikuti Singapore-Brunei Young Leadership Exchange Program (SBYLEP) di Singapura.
- Mentor kepada Belia Da’ie dari tahun 2017 hingga 2018.
| 
PENGIRING 1
YANG MULIA
AWANG MUHAMMAD YUSOF
BIN HAJI ABDUL MAJID
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II,
Kementerian Hal Ehwal Ugama
| |  PENGIRING 2
YANG MULIA
DAYANG NURUL HADINA
BINTI HAJI ALIAS Pegawai Pendidikan
di Pusat Tingkatan Enam Tutong
|
YANG MULIA DAYANG NURUL HADINA BINTI HAJI ALIAS Pegawai Pendidikan di Pusat Tingkatan Enam Tutong
Menamatkan pengajian Sarjana Muda dalam bidang Sosiologi pada tahun 2012 dari University of Warwick, United Kingdom.Komited dalam menghulurkan pelbagai bentuk bantuan secara proaktif dan kreatif.Melibatkan diri dalam khidmat masyarakat yang menyahut hasrat kerajaan
bagi membentuk syaksiah para belia sebagai pencetus dan penggerak
kemajuan negara melalu badan-badan bukan kerajaan seperti Global Shapers
dan WeCare.
Sejak bulan Jun 2018, beliau melibatkan diri dalam kempen Matlamat
Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) sebagai ASEAN advocate
yang berperanan untuk membuka minda masyarakat mengenai tindakan yang
perlu diambil supaya negara akan menjadi lebih mapan.
|
|
|