BERAKAS, Selasa, 1 Ogos. - Progresif
Sendirian Berhad telah menyertai pameran Sambutan Hari Belia Kebangsaan
(HBK) Ke-18 Tahun 2023 yang berlangsung di Pusat Persidangan
Antarabangsa, Berakas, hari ini.
Dengan
bertemakan 'Belia Siaga Masa Depan', acara tersebut telah menandakan
satu peristiwa penting di mana Progresif telah menyembahkan plak
kenang-kenangan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Ini
merupakan komitmen tidak berbelah bahagi bagi syarikat berkenaan untuk
memacu kemajuan negara sebagai sebuah negara digital. Gerak isyarat
simbolik ini menggariskan dedikasi Progresif kepada Negara Brunei
Darussalam (NBD) dan diperkasakan secara digital.
Sambutan
itu memberi penekanan yang ketara kepada aspirasi belia dan kesediaan
mereka untuk masa depan, memberikan peluang yang sempurna untuk
Progresif berkongsi usaha perintisnya dalam inovasi digital, pemerkasaan
belia, dan sumbangan kepada ekonomi kreatif NBD.
“Progresif
berbesar hati untuk berdiri bersama belia negara dan menyumbang kepada
kemajuan negara. Komitmen kami terhadap inovasi, memperkasakan belia dan
memupuk ekonomi kreatif yang berkembang maju sejajar dengan visi Belia
Siaga Masa Depan," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Progresif, Dayang Hajah
Nurul Haniah binti Haji Jaafar.
“Kami
menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas
sokongan yang tidak berbelah bagi baginda, dan kami berikrar untuk terus
memacu kemajuan Brunei sebagai sebuah negara yang diperkasakan secara
digital," tambahnya.
Progresif
secara konsisten menunjukkan dedikasinya terhadap inovasi digital
sepanjang tahun. Daripada kempen Augmented Reality (AR) Scavenger Hunt
dan Sambutan Hari Raya serta pelancaran 5G di seluruh negara baru-baru
ini, Progresif kekal teguh dalam menyediakan teknologi inovatif dan
pelan sambungan mampu milik, melengkapkan belia untuk masa depan
digital.
Sejajar
dengan intipati Progresif, syarikat itu terus memupuk keusahawanan
dalam kalangan belia dan masyarakat tempatan dengan inisiatif
'groundbreaking' iaitu 'RECHARGE.' Dibenamkan dalam aplikasi Progresif
CARE+, sistem Top Up elektronik ini menawarkan platform untuk belia
tempatan menjadi usahawan.
Progresif
menggalakkan kebebasan kewangan dengan membolehkan minda muda menjual
kad tambah nilai kepada pengguna Prabayar Progresif yang lain bagi
memupuk budaya keusahawanan.
Melalui
kempen Refer a Friend, Progresif sebagai sebahagian daripada
ganjarannya untuk pelanggan setia kerana memperkenalkan rakan dan
keluarga mereka kepada perkhidmatan inovatif Progresif.
Inisiatif
ini bertujuan untuk mewujudkan rangkaian individu yang diperkasa,
memperkukuh komitmen Progresif kepada belia dan masyarakat.
Komitmen
Progresif terhadap ekonomi kreatif terbukti melalui kemajuan
berterusannya dalam menaik taraf produk inovatif, seperti Progresif
Media dan Progresif CARE+. Inisiatif ini bukan sahaja memperkasakan
bakat tempatan tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada landskap
budaya negara.
Progresif
Media berfungsi sebagai platform yang berkembang maju untuk pencipta
kandungan tempatan, menguatkan visi dan ekspresi kreatif mereka.
Sebagai
sebahagian daripada Sambutan HBK Ke-18 ini, Progresif Media
menganjurkan Sembang Fireside bertajuk, 'Centrestage'. Sesi ini
menyediakan platform awam tidak formal di mana 'creators' tempatan
jemputan akan berkongsi karya, cerita dan pengalaman mereka dari
perjalanan kreatif mereka.
Melalui
cerita pendek dan pengalaman peribadi, para 'creators' akan
meninggalkan kata-kata nasihat untuk di ambil dari kisah masing-masing
untuk dijadikan jalan menuju masa depan. Objektifnya adalah untuk
mendedahkan pembikin filem tempatan daripada pelbagai latar belakang dan
memberi penonton gambaran tentang perjalanan dan gaya kreatif yang
berbeza pencipta tempatan kita.
Untuk
mendapatkan butiran lanjut dan maklumat tentang acara, permainan,
ganjaran serta produk dan perkhidmatan bolehlah melayari laman sesawang
Progresif melalui Instagram, Facebook atau laman 'web'.