Oleh
: Marlinawaty Hussin / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin
Mohd Noor / Morshidi, Mohammad Hatral Azmi Awang Abdul Hamid, Muhammad
Asri Haji Awang Abas, Mohammad Hanif A. Halit
BERAKAS, Selasa, 1 Ogos. -
Pameran Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) Ke-18 Tahun 2023 yang
melibatkan lebih 30 pameran, mengetengahkan tiga fokus utama, iaitu
Kluster Kemahiran dan Ilmu; Kluster Sumbangan Belia serta Kluster
Warisan dan Budaya.
Berangkat
menyaksikan pameran tersebut Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni
Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,
Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Berangkat
mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, paduka-paduka anakanda dan
adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda
'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir
Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; dan Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda
Haji Jefri Bolkiah.
Kluster
Kemahiran dan Ilmu mempamerkan anugerah projek yang berjaya dicalonkan
bagi tahun 2023 oleh Jawatankuasa Anugerah Hari Belia Kebangsaan tahun
2023.
Kluster ini juga mempromosikan kejayaan belia Brunei melalui kemahiran yang sedia ada dan baharu.
Sementara
itu, Kluster Sumbangan Belia mempamerkan sumbangan golongan belia dalam
mendukung Wawasan Brunei 2035 melalui penglibatan mereka dalam membuat
keputusan dasar dan keputusan.
Bahagian
pameran ini mempamerkan sumbangan golongan berkenaan dalam berpersatuan
atau pergerakan yang menjurus kepada memperkukuhkan budaya perpaduan
serta Kerjasama seluruh negara. la termasuk sumbangan individu yang
mendukung aspirasi raja dan negara.
Ini termasuk kemahiran dari aspek Perniagaan; Inovasi dan Teknologi, Industri Kreatif; serta Kajian dan ilmu pengetahuan.
Manakala,
Kluster Warisan dan Budaya membarigakan hasil karya para belia yang
menjurus kepada memelihara dan memperkukuhkan warisan bangsa dan budaya
ketamadunan bangsa Brunei termasuk Gaya Hidup, Industri Budaya,
Teknologi dan Warisan; juga Budaya dan Kesenian.
Antara
yang menyertai pameran ialah Barberku, Paning Free, Photographer NZ
Studio, National Theatre Brunei dan Seacage Fish Farming (Fatih
Aquaculture).
Juga
mengikuti pameran, agensi-agensi selaku peneraju dan 'enabler' ke arah
mempersiapkan golongan belia bagi cabaran dan keperluan masa depan.