Penerima ini
merupakan seorang Pegawai Pelajaran di Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan. Memiliki dedikasi yang tinggi dalam
bidang sains dan teknologi, beliau sering diundang selaku penceramah dan
moderator dalam beberapa persidangan di peringkat antarabangsa. Beliau juga
telah menerbitkan 15 artikel yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan
meraih 589 petikan yakni citation
dalam 418 dokumen berkaitan dengan sains dan teknologi. Kegigihan dan komitmen
beliau menerajui bidang sains dan teknologi ini, melayakkan beliau sebagai anak
Brunei pertama yang menerima pengiktirafan ‘Outstanding
ASEAN Science Diplomat, The 3rd ASEAN Science Diplomat Assembly 2019’ dan ‘Fellow of ASEAN Science and Technology’. Beliau
juga telah menerima pengiktirafan sebagai Ahli Lembaga Editorial, International Journal of Sustainable and Green Energy,
Science Publishing Group, New York, USA. Selain aktif menyertai
program-program antarabangsa, beliau turut mengadakan beberapa kursus
pendidikan yang memberikan kefahaman kepada penuntut sekolah dengan menerapkan
kaedah pembelajaran S.T.E.M. yakni Science,
Technology, Environment and Mathematics. Sehingga kini, beliau telah
berjaya melibatkan seramai lebih 20,000 orang penuntut dalam program yang beliau
jalankan, menjadi penyelia kepada lebih 50 orang penuntut intern dan mentor kepada 11 orang mahasiswa/mahasiswi peringkat
ijazah dan lepasan ijazah.