Penerima ini memegang
pelbagai jawatan bertugas di Jabatan
Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan merupakan seorang pemimpin muda
yang telah berbakti kepada pergerakan beruniform yang dianggotainya sejak di
bangku sekolah sehingga sekarang. Sepanjang keanggotaan beliau dalam Persekutuan
Pengakap Negara Brunei Darussalam, beliau telah memegang pelbagai jawatan di
peringkat Pesuruhjaya dan sekarang beliau merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap serta pada masa yang sama turut memegang jawatan Pesuruhjaya Program
Belia. Antara kejayaan yang pernah beliau laksanakan adalah apabila beliau
berjaya memimpin keahlian beliau untuk menganjurkan program bertaraf ASEAN,
iaitu 1st ASEAN Rover Moot Brunei
Darussalam pada tahun 2018. Atas jasa, keaktifan dan kecemerlangan beliau
dalam persekutuan ini, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan baik dari
dalam mahupun luar negara seperti Pingat Jasa Kebaktian Pengakap, Pingat Jasa
Cemerlang Pengakap, Anugerah Baden Powell, Member
Association of Top Achiver Scout, Asia Pacific Region, Anugerah Manik Kayu
dan Anugerah Pingat Peringatan 100 Tahun Berpengakap di Sarawak. Di sepanjang
penglibatan beliau dalam bidang Pengakap sejak tahun 2001, beliau telah
memimpin seramai lebih seribu orang golongan belia dan kanak-kanak.