Sign In
Mobirise Website Builder
Manage PermissionsManage Permissions
http://hbk.gov.bn/Images1/penerimaanugerah2019/pgsalimatul.png
YM Pg Salimatul Sa'ada Pg Mohd Saleh
Anugerah Pemimpin Muda Belia

Pengiran Salimatul Sa'ada binti Pg Mohd Saleh bertugas sebagai Pegawai Pelajaran di Sekolah Rendah orang Kaya Besar Imas Subok. Beliau juga merupakan yang di-pertua Persatuan Society For Community Outreach & Training (SCOT) sejak tahun 2016 hingga sekarang.

Melalui projek 'Penpal Across Borders', beliau berjaya menggabungkan seramai 457 orang murid secara keseluruhan daripada Negara Brunei Darussalam dan Singapura untuk berkomunikasi melalui emel dan poskod.

Dengan mengetuai Projek Assalamualaikum, misi memupuk suasana dan budaya positif dalam membanteras gejala buli bagi program Eksekutif Muda Kohot Ke-3 telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan agensi.

Sebagai yang Di-Pertua SCOT pula, beliau telah berjaya memimpin dan memimbing ahli-ahli SCOT untuk mengetuai Projek Utama SCOT seperti Green Exchange, Youth Against Poverty Workshop, Ramadahan Charity Drive and UMMI Bags Project.

Attachments