Projek ini menawarkan platform baru pengangkutan awam dan menawarkan peluang pekerjaan secara sepenuh masa mehupun sampingan. Sejak Dart beroperasi, 120 pemandu telah mendaftar menjadi pemandu Dart dan 60 orang daripadanya tidak bekerja sebelum ini.
Secara purata, pendapat pemandu Dart sepenuh masa mahupun sampingan boleh mencapai $1,000.00 dalam sebulan. Projek ini telah mencatatkan 68 peratus pemandu Dart adalah golongan belia yang berumur antara 20 hingga 40 tahun. Inovasi yang diperkenalkan dalam projek ini adalah dengan penggunaan aplikasi yang dimuat turun dalam telefon bimbit sebagai satu evolusi dan platform bagi kemajuan pengangkutan awam di Brunei Darussalam.