Kategori: Belia Cemerlang
Reka bentuk ini dicipta dengan kerjasama Yang Mulia Dayang Wan Zahidah binti Metussin, Pereka Tingkat I, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Mulia Awang Ajihis bin Haji Terawih, Pelukis Kategori: Belia Cemerlang Kategori: Belia Berkhidmat Tingkat II, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kedua-dua pegawai merupakan pengukir dan pereka grafik di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Reka bentuk Jong Sarat digunakan bagi Penerima Anugerah Belia Cemerlang merupakan reka bentuk paling terkenal dan popular. Reka bentuk Jong Sarat mencerminkan kemahiran dan keindahan artistik pereka. Salah satu motif utama digunakan dalam reka bentuk tenunan ini dengan memasukkan perkataan B-e-l-i-a ( ي (dalam kaligrafi jawi ke dalam corak melambangkan keeksklusifan tenunan khusus untuk penerima Anugerah Belia Cemerlang. Punca Bunga Menjalar digunakan dalam reka bentuk dengan penggunaan benang warna emas menonjolkan lagi kemewahan kain Jong Sarat ini. Manakala, tepi kain menggunakan motif Bunga Urat Kayu Berbintang.
| Kategori: Belia Berkhidmat
Reka bentuk bagi Penerima Anugerah Belia Berkhidmat juga telah dicipta oleh pereka yang sama bagi kategori Anugerah Belia Cemerlang. Susunan Bunga Bertabur iaitu Bunga Intan Manikam digunakan dalam reka bentuk dengan menggunakan motif Bunga Kenua Pesagi sebagai motif punca kain yang diinspirasikan daripada corak ciptaan Awang Haji Ibrahim bin Haji Rashid, Ketua Perancang di Bahagian Arkitek, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan. Tepi kain bagi kategori ini juga menggunakan motif Bunga Urat Kayu Berbintang. Dayang Wan Zahidah telah mencipta semula motif tersebut kepada rupa baharu dengan beberapa elemen digital moden sebagai simbol kreativiti pereka dan sesuai digunakan di era ini.
| Kategori: Pemimpin Muda Belia
Reka bentuk bagi kategori Pemimpin Muda Belia dicipta oleh Yang Mulia Abdul Hafiz bin Haji Asli berusia 32 tahun merupakan Lulusan guru dari Universiti Brunei Darussalam di bawah Program Sarjana Perguruan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Teknologi Seni Kreatif. Beliau seorang pakar dalam reka bentuk tekstil fesyen dan ketukangan hiasan dan terlibat secara aktif dalam mereka bentuk tekstil tradisional Brunei dan pameran di Borneo dan ASEAN.
Reka bentuk kain Jong Sarat ini mengandungi motif yang diinspirasikan daripada bentuk bunga dan daun yang digabungkan dengan reka bentuk mozek kesenian Islam yang menghiasi dindingdinding masjid. Motif ini diberikan nama sebagai 'motif kebahagiaan' yang melambangkan sifat positif seorang individu yang harus diamalkan bagi menangani segala hal. Reka bentuk punca bagi motif kebahagiaan sengaja direka bentuk khas untuk memperlihatkan impak baik daripada sifat positif.
Di antara motif-motif yang digunakan bagi menghiasi kain ini ialah:
1. Bunga tabur beranak
2. Bunga Cengkih
3. Bunga kembang kiyapu
4. Bunga berbinting
5. Siku Keluang dan lain-lain lagi.
Gabungan motif bunga dan ukiran tradisional yang digunakan juga untuk melambangkan keharmonian dan keindahan suatu sifat positif terhadap sekelilingnya. Oleh itu, reka Bentuk motif ini memberikan makna bagi belia untuk dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kebaikan dan terus bersifat positif dalam segala aspek bagi mewujudkan lingkungan yang harmoni dan bahagia bagi kesejahteraan masyarakat.
|